|
SELAMAT DATANG KE HUTAN SIMPAN AYER HITAM, PUCHONG
|
Laman Utama
MAJLIS PERASMIAN PUSAT PENDIDIKAN PERHUTANAN SULTAN IDRIS SHAH (SISFEC) OLEH DYMM TUANKU CANSELOR
Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Pendidikan Sultan Idris Shah (SISFEC) di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) pada 21 Mac 2011.
Dalam titah perasmiannya, baginda berhasrat supaya kerjaan negeri Selangor mengubah tempoh perjanjian persefahaman hutan dengan UPM daripada 80 tahun pada masa sekarang kepada 999 tahun.
Baginda juga bertitah agar semua pihak termasuk penduduk yang berjiran dengan hutan itu untuk turut sama melindungi dan melaporkan aktiviti yang boleh merosakkan hutan itu.

LAWATAN PEGAWAI AKADEMIK KANGWON NATIONAL UNIVERISTY KE HUTAN SIMPAN AYER HITAM
Pada 14 Februari 2012 yang lalu, seramai 3 orang Pegawai dari Kangwon National University, Korea iaitu Prof. Jung Kee Choi, Prof. Hyun-Kil Jo dan Prof Nam-Hun Kim telah mengadakan lawatan rasmi ke Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Sesi penerangan mengenai Hutan Simpan Ayer Hitam telah diberikan oleh En. Mohd Farhan Shahrin. Selepas sesi taklimat, mereka telah dibawa melawat ke Prasarana Penginapan dan Kompleks Agrobio C Makmal Luar Fakulti Perhutanan. Lawatan ini bermula kira-kira jam 3.50 petang dan tamat pada kira-kira jam 5.00 petang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR FARMASI, CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES (CUCMS) DI HUTAN SIMPAN AYER HITAM
Pada 16 januari 2012 yang lalu, seramai 33 orang Pelajar Farmasi dan 3 orang pegawai daripada Cyberjaya Universitiy College Of Medical Sciences (CUCMS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Sesi penerangan mengenai Hutan Simpan Ayer Hitam telah diberikan oleh En. Mohd Farhan Shahrin. Tujuan utama lawatan tersebut adalah melawat ke Taman Ubatan Hutan bagi mengenali sepsis-spesis tumbuhan herba serta kegunaannya. Lawatan ini bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.


MESYUARAT FAKULTI DAN BACAAN TAHLIL & DOA SELAMAT
Mesyuarat Fakulti akan diadakan pada 22 Ogos 2011 (Isnin) bertempat di Kompleks Agrobio HSAH pada jam 2.00 petang. Majlis ini akan disusuli dengan bacaan tahlil dan doa selamat pada jam 6.00 petang. Majlis akan diteruskan dengan berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah di Bilik Seminar Kompleks Agrobio.
MAJLIS SEHARI BERSAMA ALAM SEKITAR PENDUDUK SAUJANA PUCHONG 10
Jawatankuasa Penduduk Saujana Puchong 10 telah mengadakan Program Sehari Bersama Alam Sekitar di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong pada 24 Julai 2011. Antara aktiviti yang dijalankan seperti mesyuarat tahunan, acara sukaneka, lawatan ke Taman Tumbuhan Ubatan dan ke Kompleks Agrobio.






