Denai Group Camping
LOKASI / KEDUDUKAN
- Kompartmen 15, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
- Berada di kawasan berhampiran dengan kawasan tapak tapak perkhemahan pelajar untuk aktiviti Group Camping Kem Perhutanan.
JARAK / TEMPOH MASA PERJALANAN
- Denai sejauh 519 meter.
- Tempoh perjalanan 45 minit.

Tarikan utama sepanjang denai ini adalah kedudukan denai berada di lokasi bersebelahan sepanjang anak sungai rasau. Mempunyai kualiti air yang sangat jernih dan cantik. Juga sepanjang denai tersebut terdapat pelbagai jenis tumbuhan ubatan hutan, serta beberapa spesis paku pakis yang boleh dijadikan tarikan dan juga pengajaran secara tidak langsung kepada pelawat sewaktu aktiviti dijalankan. Selain itu juga disepanjang denai tersebut kita akan dapat melihat beberapa tapak perkhemahan bagi aktiviti perkhemahan yang telah digunakan. Di kawasan denai ini juga terdapat kawasan penempatan sementara bagi masyarakat asli yang boleh dijadikan tarikan utama kepada para pelawat.
Diantara aktiviti aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti aktiviti Jungle Trackking , NightWalk , Interpretasi denai dan juga beberapa aktiviti aktiviti secara berkumpulan yang lain.
