Paintball
Sukan Paintball adalah merupakan salah satu keunikan dan keistimewaan Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Mula ditubuhkan pada Disember 2008 dengan menggunakan peruntukan RMK9. Tujuan utama kemudahan ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan pengembangan terutamanya bagi kursus-kursus rekreasi di Fakulti Perhutanan seperti Kemahiran Rekreasi Luar.
Di antara kemudahan yang disediakan adalah sebuah padang Paintball seluas 40m X 22m, maker, face mask dan kemudahan lain yang diperlukan bagi sukan ini. Paintball telah diperkenalkan lebih dua dekad yang lalu di US sebagai Nasional Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan paintball lebih cenderung kepada simulasi peperangan dengan ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, taktik dan terminologi tentera dan juga penggunaan marker yang mirip seperti senjata api.
Objektif permainan ialah penguasaan kawasan dan kubu lawan ditawan. Objektif juga dicapai melalui proses elimination iaitu menumpaskan atau mengeluarkan peserta dari kumpulan lawan dengan menembak Paintball ke anggota badan lawan menggunakan maker. Apabila terdapat kesan warna akibat terkena tembakan Paintball di anggota badan, peserta tersebut terkeluar dari permainan.(Kesan warna hendaklah berukuran minima saiz duit syiling 50sen). Pada kebiasaannya, sesuatu perlawanan itu mangambil masa sepanjang 5 hingga 20 minit, bergantung kepada saiz padang dan modul permainan.