• Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Profail
      • Latar Belakang
      • Misi & Visi HSAH
      • Strategi HSAH
      • Dasar Pengurusan
    • Carta Organisasi
    • Bahagian / Unit
      • Bahagian Pentadbiran SHL
        • Unit Penguatkuasaan dan Operasi
        • Unit Penyelidikan dan Pendidikan
      • Bahagian Pengembangan, Pembangunan dan Pengurusan Aset
        • Unit Pengembangan
        • Unit Pengurusan Prasarana
      • Bahagian Pengurusan Sumber dan Promosi
        • Unit Pengurusan Hutan dan Silvikultur
        • Unit Tapak Semaian dan Ladang Hutan
    • Lokasi
  • Berita & Peristiwa
  • Staf
  • Aktiviti
  • Fasiliti
    • Kompleks Agrobio
    • Stesen Luar Pendidikan & Penyelidikan
    • Tapak Perkhemahan
    • Tapak Semaian
    • Taman-Taman Hutan
      • Taman Tumbuhan Ubatan
    • Denai-Denai Hutan
      • Denai Matoq
      • Denai Group Camping
      • Denai Nightwalk
    • Ladang-Ladang Hutan
      • Ladang Pine
    • Paintball
  • E-Galeri
    • Gambar
    • Video
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami

Bahasa

English

Capaian Pantas

  • Fakulti Perhutanan
  • Universiti Putra Malaysia
  • Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  • Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan
  • Pengkalan Data Tumbuhan Ubatan Hutan HSAH
  • E-Buku Hutan Simpan Ayer Hitam
Laman Utama : Fasiliti : Taman-Taman Hutan : Taman Tumbuhan Ubatan

Taman Tumbuhan Ubatan

Taman Tumbuhan Ubatan Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong ini terletak di dalam kompartmen 15, yang mana  terdapat dua taman dan berada di kawasan yang berasingan dan juga taman ini mempunyai perbezaan dari segi pembiakan tumbuhan herba. Kedua-dua taman ini boleh berhubung melalui jalan tar dan juga melalui denai hutan. Taman ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 2005 bersempena dengan Hari Perhutanan Sedunia. Pada mulanya, hanya satu kawasan yang dibuka iaitu berdekatan dengan Stesen Luar Pendidikan dan Penyelidikan.  Kawasan ini dibuka adalah kerana kawasan itu sendiri yang padat dengan pelbagai tumbuhan ubatannya. Keluasan Taman Ubatan Hutan ini hanyalah dalam setengah ekar dan panjang denainya lebih kurang 100 meter. Pada waktu penubuhannya hanya terdapat kira-kira 32 jenis tumbuhan ubatan di taman tersebut.


Taman yang kedua yang ditubuhkan pada tahun 2010 dengan keluasan 50m x 50m. Penubuhan Taman Tumbuhan Ubatan ini pada peringkat awal hanyalah sempena Program Selangor Shines Fam Tour 2010 pada  28 Jun 2010 dengan menanam 20 spesis herba sahaja dan kemudiannya kawasan taman ini dinaik taraf dengan memperbaiki jalan dan landskap sekitar serta penambahan pelbagai tumbuhan herba yang diambil dari dalam hutan ini dan dibawa tanam semula di dalam kawasan tersebut atau disebut sebagai in-situ (diambil dari dalam kawasan hutan yang sama). Sejajar dengan fungsi Hutan Simpan Ayer Hitam, Taman Ubatan Hutan ini telah dibuka sepenuhnya untuk menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan, penyelidikan dan pengembangan hutan.


Sempena dengan program itu juga Taman Tumbuhan Ubatan ini telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi maklumat seperti kemudahan WIFI, gajet iPAD dan pankalan maklumat. Kesemua maklumat tumbuhan ubatan tersebut akan dimpan di dalam pangkalan maklumat  dan boleh diakses melalui laman web menggunakan  iPAD ataupun gajet-gajet pintar yang lain. Pelawat atau pengguna boleh mengetahui nama tempatan, nama saintifik, ciri-ciri, kegunaan herba dan maklumat-maklumat lain tumbuhan ubatan yang terdapat di kawasan ini.

Taman ini dibuka Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Pelawat diminta membuat permohonan bertulis kepada Dekan Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia untuk membuat lawatan ke taman ini.

 

 

© Ayer Hitam Forest Reserve UPM, 2011. All rights reserved.