Tapak Perkhemahan
Tapak Perkhemahan
Kawasan ini berada dalam Kompratmen 15 Hutan Simpan Ayer Hitam.Pada masa ini terdapat beberapa infrastruktur asas dalam bentuk sementara dan juga kekal di kawasan Tapak Perkhemahan di Hutan Simpan Ayer Hitam. Infrastruktur ini digunakan untuk semua aktiviti pendidikan, penyelidikan dan pengembangan yang di lakukan di dalam Hutan Simpan Ayer Hitam.
Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di tapak perkhemahan:
i. Dewan serbaguna – fasiliti yang boleh menempatkan 60 sehingga 80 orang dalam satu masa. Terdapat juga kemudahan asas seperti kerusi, whiteboard dan juga kemudahan elektrik. Sesuai untuk menjalankan aktivit-aktiviti indoor seperti kem motivasi dan juga ceramah.

ii. Surau – untuk kegunaan muslim manjalankan ibadah dan aktiviti kerohanian. Mampu menempatkan seramai 30 hingga 40 orang peserta dalam satu masa.

iii. Tandas pegawai – untuk kegunaan para pegawai, urusetia dan jemputan terhormat.

iv. Tandas pelajar - terdapat 8 unit tandas khas untuk pelajar. Juga disediakan tempat untuk mencuci pakaian.

v. Tapak perkhemahan – terdapat sebanyak 12 unit tapak perkhemahan khas amat sesuai digunakan untuk aktiviti perkhemahan. Unit pengembangan juga menyediakan kemudahan lengkap khemah dari jenis GS 10 yang boleh digunakan oleh 10 orang peserta dalam unit khemah tersebut. Tapak khemah ini mampu menempatkan sekurang-kurangnya 120 orang peserta dalam satu aktiviti.

vi. Padang awam

vii. Kawasan Memasak