Tapak Semaian
Latar Belakang Tapak Semaian Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong
Tapak Semaian HSAH, Puchong mula dibina pada bulan Februari 2008 dan pada masa itu ia hanyalah tapak semaian sementara (Temporary nursery). Semasa itu juga, proses perancangan untuk menubuhkan satu tapak semain kekal (Permanent nursery) telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Fakulti Perhutanan iaitu dibina bersebelahan tapak semaian sementara. Pada bulan Jun 2009 barulah tapak semaian kekal dapat diwujudkan dan mula operasi secara rasmi pada awal bulan Januari 2010. Keluasan kawasan yang disediakan untuk pembinaan tapak semaian ini ialah lebih kurang 0.2 ha. Kedudukan tapak semaian ini di dalam peta topografi adalah terletak dikawasan kompatmen 15. Lokasinya terletak berhampiran jalan utama pintu masuk ke Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

Objektif Penubuhan Tapak Semaian HSAH, Puchong
- Untuk aktiviti pendidikan dan penyelidikan berkenaan dengan spesies pokok hutan
- Untuk aktiviti latihan dan pengembangan pelajar
- Tempat pengumpulan anak benih pokok-pokok ibu yang ada di HSAH
- Sumber pembelajaran mengenai kaedah pengurusan penyelenggaan tapak semaian hutan dan sebagai pengajaran dalam penyediaan sumber stok tanaman
- Untuk aktiviti semaian anak pokok hutan dan di tanam semula dikawasan yang miskin
- Untuk tujuan sosial dan projek komuniti
- Semaian pokok herba dan di tanam dikawasan taman-taman dan landskap HSAH.
Infrastuktur Yang Ada Di Tapak Semaian HSAH
- Mempunyai 5 batas semaian, dan setiap batas semaian boleh menempatkan anak pokok sebanyak 1500 pokok dengan saiz polibag 9 cm x 10 cm.
- Dilengkapi dengan sistem pengairan air sprinkler.
- Dengan adanya tempat pengumpulan campuran tanah.
- Ruangan untuk kerja-kerja menabong anak pokok.
- Ruangan untuk aktiviti pembelajaran.
- Stor penyimpanan input tapak semaian.
- Pejabat pengurusan tapak semaian.
- Mesin Campuran Tanah.
- Terletak dikawasan yang strategik iaitu berhampiran dengan jalan utama dan memudahkan kerja-kerja operasi.
- Kawasan yang sedia ada boleh menempatkan anak pokok matang sebanyak 5000 pokok dan pramatang juga sebanyak 5000 pokok.