Unit Penyelidikan dan Pendidikan
Unit ini bertanggungjawab bagi menyediakan kawasan yang bersesuaian untuk kegunaan kajian dan penyelidikan; membantu dalam kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan di hutan; membantu menyelaras, mengurus dan mengatur aktiviti-aktiviti pendidikan, pengajaran yang melibatkan perhutanan; merancang, mengurus, memantau dan mengawalselia pembangunan dan aktiviti-aktiviti di taman-taman hutan; dan mengurus, mengemaskini data-data yang melibatkan aktiviti-aktiviti berunsurkan penyelidikan dan pendidikan yang dijalankan di hutan.