Lokasi
Lokasi
Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor dan 45 kilometer dari Kuala Lumpur. Hutan Simpan Kekal ini di kelilingi oleh kawasan pembangunan yang pesat. Di sebelah utara ianya di sempadani oleh Bandar Kinrara, di sebelah barat dan timur di sempadani oleh projek perumahan dan perindustrian, manakala bahagian Selatan berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan Cyberjaya.
