Dasar Pengurusan
- Mengurus HSAH secara terbaik bagi faedah pendidikan, penyelidikan dan pengembangan sejajar dengan kehendak prinsip pengurusan hutan yang berkekalan.
- Menggalakkan aktiviti pendidikan bersepadu dan pelbagai disiplin yang berteraskan perolehan pengetahuan dan kemahiran di lapangan.
- Menggalakkan penggunaan konsep pelbagai guna hutan dengan menyediakan kemudahan rekreasi luar dan pembelajaran alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat.
- Menggalakkan penyertaan agensi luar dalam pengendalian program pendidikan, penyelidikan dan pengembangan.
- Memelihara dan menambahbaikkan kepelbagaian biologi melalui strategi pemuliharaan.
- Menjalin kerjasama dan perhubungan yang lebih rapat di antara UPM, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan dan pihak lain yang berkaitan menerusi pemindahan teknologi, pertukaran maklumat dan kepakaran.
- Memastikan perlaksanaan pengurusan hutan ini bertunjangkan kepada Strategi : Tonggak 10 yang kedua Kerajaan Negeri Selangor iaitu mengimbangi pembangunan antara Lembah Klang dan kawasan lain di Selangor termasuk kegunaan tanah perumahan, perindustrian, perhutanan dan Pertanian.
- Memastikan fokus pendidikan dan penyelidikan selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Sains & Teknologi Kebangsaan.